Friday, October 2, 2009

Dublin Games 2009


Dublin Games 2009 tahun ini bakal dilangsungkan pada 24 Oktober 2009 anjuran Kelab UMNO Dublin dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland.


Acara-acara yang bakal dianjurkan termasuk futsal 5 sebelah (lelaki, wanita), Badminton (perseorangan, bergu, lelaki, wanita), Catur (terbuka).


Makan malam Dublin Week 2009 bakal dianjurkan berdasarkan permintaan.


Penyertaan bagi Futsal 5 sebelah lelaki hanya akan dibuka kepada 16 pasukan pertama. Pasukan-pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir Dublin Week 2008 secara automatik diberi tempat penyertaan.Bagi wanita, penyertaan secara terbuka, namun, sekiranya permintaan terlalu tinggi, penyertaan mungkin dihadkan.


Penyertaan secara terbuka bagi acara-acara badminton dan catur.


Yuran penyertaan adalah seperti berikut:


  • Futsal Lelaki EU40

  • Futsal Wanita EU30

  • Catur EU1

  • Badminton Perseorangan EU5

  • Badminton Bergu EU10
Tarkih pembayaran yuran penyertaan akan diberitahu kelak.

Borang penyertaan bolehlah diminta secara email daripada EXCO Sukan dan Rekreasi di alamat email ridhwannoordin@mcoba.org atau redhunter05@gmail.com.Maklumat lanjut, sila hubungi Ridhwan Noordin di talian +353833523770 atau mana-mana Ahli EXCO Kelab UMNO Dublin 2009/2010.

No comments:

Post a Comment